Brendan Gan pilih Kuala Lumpur City

Saufi Tahir
April 1, 2024 08:46 MYT
Bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan Seng Ling, akhirnya memilih Kuala Lumpur City FC sebagai destinasi barunya menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) 2024 yang akan membuka tirainya pada bulan depan.
Selepas sekian lama berdiam diri mengenai hala tujunya sebelum ini dia akan menguatkan jentera tengah skuad The City Boys, yang juga merupakan musuh tradisi kelab bekas majikannya selepas diumumkan melalui laman rasmi pasukan warga kota sebentar tadi.
Tonggak Harimau Malaya itu merupakan antara individu penting dalam saingan liga musim lalu bersama Selangor selepas membantu kelab bekas majikannya itu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2).

Welcome to the Capital Brendan Gan❤️?#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/r3e12x3M1u

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) April 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selamat datang Brendan Gan ke Kuala Lumpur City FC!
#bola sepak #Brendan Gan #Kuala Lumpur City #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia