Masa depan pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan, yang sudah tidak lagi bersama Selangor, masih lagi menjadi perbualan utama ketika ini.

Baru sahaja menamatkan saingan di pentas antarabangsa dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, tumpuan kembali terarah kepada kancah bola sepak tempatan.

Ketika pemain berusia 36 tahun itu masih lagi tiada kelab, antara kelab yang berminat mendapatkan khidmat berpangkalan di Lembah Klang.

Sama ada membuat pusingan U ke Selangor atau menyertai KL City adalah destinasi buat pemain kebangsaan itu.