BOURNEMOUTH 1 LIVERPOOL 0

Bournemouth bertahan dengan kental untuk kemenangan penting 1-0 ke atas Liverpool di Stadium Vitality, sebentar tadi.


Seminggu selepas Bournemouth melepaskan kelebihan dua gol di Arsenal, jaringan Philip Billing dalam separuh masa pertama menjamin kemenangan mengagumkan itu.

Mohamed Salah berpeluang menghidupkan kebangkitan The Reds tetapi sekadar melepaskan sepakan penalti liar untuk anak buah Jurgen Klopp itu yang masih segear membelasah Manchester United 7-0.

Kekalahan itu menjadi satu tamparan hebat dalam usaha Liverpool merebut tiket kelayakan Liga Juara-Juara (UCL), namun kemenangan tersebut menyaksikan pasukan kendalian Gary O'Neil berkenaan keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).