Bersara: Ben Foster batal awal kontrak di Wrexham

Shaiful Shamsudin
August 22, 2023 09:01 MYT
Bekas pemain antarabangsa England, Ben Foster, 'menggantung sarung tangannya' buat kali kedua.
Bekas penjaga gol Watford dan Manchester United tersebut sudah bersara pada September 2022 sebelum menamatkan persaraan sementaranya itu dengan menandatangani kontrak bersama Wrexham pada Mac lalu.
Foster menyelamatkan sepakan penalti dalam masa kecederaan ketika menentang pencabar utama, Notts County, pada bulan berikutnya sebelum Wrexham mengesahkan langkah promosi ke Liga Dua, April lalu dan dia kini memutuskan untuk melepaskan kariernya berikutan permulaan yang sukar sempena kempen baru.
Dia diangkat sebagai wira di kelab Wales itu atas ketangkasannya dalam kemenangan 3-2 ke atas Notts County sebelum bersetuju untuk kekal memperkuatkan kelab yang dimiliki oleh Ryan Reynolds dan Rob McElhenney itu dengan merancang untuk membawa Wrexham terus mendaki divisyen dengan mengikat perjanjian baru selama setahun pada Jun lalu.
Namun, Foster berdepan situasi dalam Liga Dua dengan melepaskan lima gol kepada MK Dons pada hari pembukaan Wrexham sebelum keputusan seri 5-5 dengan Swindon, hujung minggu lalu.
Pemain berusia 40 tahun itu kemudian mengesahkan persaraannya dan memberitahu laman sesawang rasmi kelab: “Sejujurnya, persembahan saya musim ini tidak mencapai tahap yang saya harapkan dan saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk bersara.

He built memories I’ll never let go of for as long as I live. I love this guy. Thank you for everything, Ben. https://t.co/8h6mAVeuqu

— Ryan Reynolds (@VancityReynolds) August 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Keputusan ini bukan sahaja yang terbaik untuk saya malah juga kelab dan keputusan ini juga memberi peluang kepada kelab untuk mencari pengganti saya tingkap jendelan perpindahan ditutup.
"Wrexham akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati saya."
#Ben Foster #Wrexham
;