Barcelona berbangga melantik Ronald Koeman sebagai ketua jurulatih dan mesti meletakkan kepercayaan yang sama seperti yang pernah dilakukan kepada Frank Rijkaard, kata presiden, Joan Laporta.

Bekas pengendali Belanda, Koeman, kelihatan di ambang pemecatan oleh Barca ketika laporan yang meluas menjelang perlawanan dengan Atletico Madrid Sabtu lalu menunjukkan bahawa ia dilihat aksi terakhirnya bersama pasukan.

Tetapi Laporta menegaskan Koeman akan kekal apa sekalipun keputusan, di mana terbuki merekea tewas 2-0 dalam aksi LaLiga.

Ia meletakkan mereka di tangga kesebilan LaLiga, tercorot dalam Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Bayern Munich dan Benfica.

Laporta menjelaskan kesukaran dihadapi Koeman selepas kehilangan khidmat Lionel Messi, masalah kewangan kelab serta barisan pemain yang mengalami kecederaan.

"Keputusan kami adalah Koeman kekal bersama pasukan," katanya.

"Semua orang, termasuk Koeman, ternyata kecewa ketika ini -- apa yang telah berlaku adalah sesuatu yang tidak diinginkan.

"Tetapi kami mahu Barca melakukan yang terbaik. Dia masih memiliki kontrak dan perlu dihormati. Saya gembira dengan keputusan ini."