Beraksi di Liga A1 bukan 'turun pangkat' bagi Alifh Aiman

Ammar Hakim
October 10, 2024 17:33 MYT
Dari Liga Super ke Liga A1, penyerang Bunga Raya Damansara, Alifh Aiman Rosman, tidak pernah anggap dirinya 'turun pangkat' setelah peluang beraksi dalam Liga Super bertahan selama dua musim.
Sebaliknya, pemain berusia 25 tahun itu berasakan peluang beraksi dalam Liga A1 tetap berharga menerusi penghijrahan secara pinjaman dari Negeri Sembilan.
Alifh menyumbat gol ketika melakukan debut bersama pasukan yang dilabel sebagai Inter Miami 'Malaysia' itu bertemu Gombak FC 27 September lalu.
Alifh mula beraksi dalam Liga Super ketika mewakili PDRM musim lalu dan muncul antara tunjang kejayaan The Cops menjulang Challenge Cup.
Membawa haluan baru dengan menyertai Skuad Jang musim ini, Alifh kurang bernasib baik apabila lebih banyak memanaskan badan di bangku simpanan.
#bola sepak
;