Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool

Ammar Hakim
May 19, 2024 01:26 MYT
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield, menamatkan tempoh Liga Perdana Inggeris yang tidak dapat dilupakan bersama The Reds.
Klopp mengumumkan pada bulan Januari hasratnya untuk meninggalkan Liverpool -- yang menduduki tempat ketiga dalam liga musim ini -- dan kejayaan Ahad menandakan perpisahan yang sesuai untuk sembilan tahunnya di Merseyside.
Kad merah yang dilayangkan kekpada Nelson Semedo pada separuh masa pertama membuka pintu kepada Liverpool untuk memanfaatkannya apabila Alexis Mac Allister, yang berjaya membuka jaringan pada minit ke-35.
Jarell Quansah menggandakan pendahuluan tuan rumah sejurus selepas itu sekaligus memastikan kemenangan Liverpool sementara kekalahan memastikan Wolves kendalian Gary O'Neil menamatkan musim ke-14.

End of Jurgen Klopp Era at Liverpool! ❤️??? Premier League x1? Champions League x1? Club’s World Cup x1? UEFA Super Cup x1? FA Cup x1? Community Shield x1?? Carabao Cup x2??????!#JurgenKlopp #Liverpool #PremierLeague pic.twitter.com/NBS1v4uREK

— Sportskeeda Football (@skworldfootball) May 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #Manchester United #Liverpool #EPL #Liga Perdana Inggeris