Benzema pintas Raul sebagai penjaring kedua terbanyak Real Madrid dalam LaLiga

Muzaffar Musa
February 16, 2023 02:31 MYT
REAL MADRID 4 ELCHE 0
Karim Benzema memintas Raul sebagai penjaring gol kedua terbanyak buat Real Madrid dalam LaLiga.
Benzema merekodkan 229 jaringan dalam LaLiga daripada keseluruhan 428 penampilan dalam kejohanan itu ketika menjaringkan sepakan penalti untuk pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu mendahului Elche 2-0 dalam pertemuan di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Jaringan gemilang Marcos Asensio memastikan Los Blancos membuka jaringan awal sebelum Benzema menggandakan kelebihan itu selepas setengah jam pertama aksi, di mana Madrid memperoleh sepakan penalti selepas bola didapati terkena tangan Enzo Roco.
Benzema kemudian menemui jaringannya yang ke-230 dalam LaLiga dengan menyudahkan satu lagi sepakan penalti pada lewat babak pertama sebelum Lika Modric menambah satu lagi gol buat Los Blancos dalam babak berikutnya.
Legenda Madrid, Raul, memerlukan 550 perlawanan untuk mencapai 228 jaringan dalam LaLiga dan ia bermakna, Benzema memintas rekodnya dengan 122 perlawanan lebih rendah.
Cristiano Ronaldo, yang merupakan pemegang rekod terbanyak Madrid, masih jauh meninggalkan bezema dengan 311 gol daripada 292 penampilan LaLiga.

3 - Top 3 scorers of @realmadriden in the history of LaLiga: ?Cristiano Ronaldo ?? - 311 goals ?KARIM BENZEMA ?? - 229 goals? ?Raúl González Blanco ?? - 228 goals Legend. pic.twitter.com/pTD0uipKMF

— OptaJose (@OptaJose) February 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Real Madrid #Cristiano Ronaldo #Karim Benzema #LaLiga #Raul Gonzalez