Benzema bantu Los Blancos lakar sejarah di pentas Eropah
Ammar Hakim
November 4, 2021 09:56 MYT
November 4, 2021 09:56 MYT
Dua jaringan Karim Benzema membantu Real Madrid menang 2-1 ke atas Shakhtar Donetsk sekaligus membawa mereka ke puncak Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Kesilapan ketika bertahan daripada Shakhtar membenarkan Real mendahului pada minit ke-14, jaringan Benzema menyaksikan Los Blancos menjadi pasukan pertama meledak 1,000 gol dalam aksi Liga Juara-Juara/Piala Eropah.
Shakhtar bangkit menyaksikan kedudukan menerusi Fernando sekaligus menjadi gol pertama mereka dalam saingan peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, Real memperbaiki mutu permainan dalam separuh masa kedua dan Benzema sekali lagi bertindak selaku penjaring sekaligus meraih tiga mata penuh di Santiago Bernabeu.