Muzaffar Musa
Thu Feb 16 2023

Jude Bellingham akan menjadi pembelian sempurna buat Manchester United, kata penjaga gol legenda pasukan itu, Peter Schmeichel.
Bellingham telah beraksi sebanyak 161 kali buat Borussia Dortmund dan Birmingham City dan dilihat sebagai bakat muda paling berpotensi selepas aksi cemerlangnya dalam Piala Dunia bersama England.
Pemain berusia 19 tahun itu membintangi aksi The Three Lions di Qatar untuk menjadi satu-satunya pemain remaja memulakan perlawanan di peringkat kalah mati Piala Dunia sejak Michael Owen melakukannya pada 1998 -- Bellingham berada dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Senegal 3-0 dalam pusingan 16.
Malah, dia turut mencipta impak dalam perlawnaan itu, di mana dia memainkan peranan besar sewaktu terhasilnya ketiga-tiga gol berkenaan, termasuk satu bantuan jaringan, sekali gus menjadi pemain termuda England melakukan perkara itu dalam Piala Dunia sejak 1966.
Bellingham turut memainkan peranan utamanya di peringkat kelab bersama Dortmund dengan mendaftarkan 10 gol daripada 27 penampilan musim ini untuk menjadi penjaring terbanyak kelab itu dan berada di tangga kedua senarai bantuan jaringan terbanyak (enam bantuan).
Dengan umur yang masih muda, prestasi luar biasanya itu menarik perhatian banyak kelab.
Real Madrid dilaporkan antara yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya selain dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dan Liverpool.
Bagaimanapun, Schmeichel percaya United mampu untuk mengatasi pencabar lain dalam mendapatkan khidmat Bellingham seandainya mereka dapat memastikan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
Schmeichel juga berpendapat keadaan Liverpool, yang kelihatan tidak mungkin dapat menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas, dan City, yang berisiko dihukum kerana perlanggaran kewangan, akan membantu United
untuk membawa Bellingham ke Old Trafford.
"Dia akan menjadi pemain yang sempurna buat kami," kata Shmeichel kepada Goal.
"Tetapi kami tidak cukup menarik buat masa ini kerana kami belum berada di posisi itu.
"Tetapi anda dapat membayangkan situasinya jika Liverpool tidak beraksi dalam UCL dan Manchester United pula layak, kemudian barulah kami akan menjadi lebih menarik.
"Dan sudah pasti ia melibatkan situasi Man City juga, kami mungkin akan menjadi pasukan yang dimahukannya, jadi ia amat penting untuk kami terus berada di landasan yang sepatutnya," katanya.
United kini berada di tangga ketiga EPL dengan berkelebihan tujuh mata di depan pasukan di tangga kelima, Tottenham, dalam usaha mereka untuk melayakkan diri ke UCL musim depan.

Mason Mount capai persetujuan syarat peribadi bersama Man United
Menurut talkSPORT, bintang Chelsea, Mason Mount, telah bersetuju dengan syarat peribadi dengan Manchester United dan The Red Devils kini dijangka membentangkan bidaan rasmi pertama mereka.

Neymar hanya mahu sertai Man United jika tinggalkan PSG
Neymar dilaporkan berminat untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Paris Saint-Germain untuk mana-mana kelab lain.

Piala FA: Anthony Martial terlepas aksi final ekoran kecederaan
Penyerang Manchester United, Anthony Martial, telah diketepikan daripada perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City Sabtu ini kerana kecederaan hamstring.

Maguire perlu buat keputusan mengenai masa depan bersama Man United -- Ten Hag
Erik ten Hag telah membayangkan bahawa Harry Maguire mungkin meninggalkan Manchester United pada musim panas ini jika pemain pertahanan itu memutuskan dia tidak berpuas hati dengan kekurangan masa bermain.

David De Gea: Manchester United bersedia untuk satu lagi pertempuran ‘istimewa’
Manchester United telah berjuang untuk kejayaan sepanjang tahun dan David De Gea berkata mereka bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa' menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA.

Neymar mampu menyerlah bersama Manchester United -- Willian
Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Ten Hag kecapi detik pertama dinantikannya bersama United
Erik ten Hag harus tidak boleh dipersalahkan jika pengurus dari Belanda itu beranggapan tugas besar pertama dalam musim pengenalannya bersama Manchester United sudah pun terlaksana.

Tanpa Casemiro, Manchester United mungkin terlepas Liga Juara-Juara -- Gary Neville
Legenda Manchester United, Gary Neville, berpendapat bekas pasukannya akan gagal layak ke Liga Juara-Juara tanpa Casemiro.

Chelsea tidak capai tahap yang diperlukan bersaing dengan Manchester United -- Frank Lampard
Frank Lampard sekali lagi mengecam pemain Chelsea yang gagal menghadirkan prestasi terbaik susulan kekalahan mereka kepada Manchester United, menegaskan bahawa taktik 'tidak penting' tanpa kualiti permainan.

Erik ten Hag: Antony mungkin alami kecederaan serius
Erik ten Hag bimbang pemain sayap Antony mengalami kecederaan serius ketika Manchester United memenuhi objektif utama kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dengan membelasah Chelsea.

Almost perfect start to big summer – Stuart Broad hails dominant England display
Broad’s five-wicket haul was followed by half-centuries for Zak Crawley (56) and Ben Duckett (60) at Lord’s.

England openers shine after Stuart Broad takes five on first day against Ireland
Broad claimed five for 51 to dismiss Ireland for 172 before England closed on 152 for one.

Russian teenager Mirra Andreeva dreams of ‘winning 25 grand slam titles’
The Russian is making a big impression at Roland Garros.

Rhys Carre released from Wales training squad for missing performance targets
The Cardiff forward was among 10 props named in the squad.

Shaka Hislop happy for Lionel Messi to do 'whatever he wants', but would love to see him in MLS
Lionel Messi seems set to leave Paris Saint-Germain, and the United States is one possible destination for the Barcelona legend.

Jannik Sinner knocked out of French Open by Daniel Altmaier after five-hour epic
Altmaier saved two match points in the fifth longest match in Roland Garros history.

Alistair Johnston: No heads to turn amid Spurs speculation with all eyes on cup
Johnston admits hearing talk of Tottenham’s reported interest in Ange Postecoglou is unavoidable.

Lydia Bedford takes Brentford Under-18s reins in landmark appointment for women
Bedford becomes the first female coach to take the reins at a men’s professional side in England.

Barry Robson delighted to sign ‘proven leader’ Nicky Devlin for Aberdeen
The 29-year-old’s switch to Pittodrie was already common knowledge.

Stuart Broad’s five-wicket haul puts England on top at Lord’s
Stuart Broad finished with five for 51 to dismiss Ireland for 172 on the opening day at Lord’s.