Bekas penyerang Bayern, Olic, umum persaraan
Penulis Jemputan
June 25, 2017 08:53 MYT
June 25, 2017 08:53 MYT
Bekas penyerang Bayern Munich dan pemain kebangsaan Croatia, Ivica Olic, mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak.
Penyerang veteran itu, yang telah membuat 100 penampilan bersama skuad kebangsaan dan menjaringkan gol buat Croatia di pentas Piala Dunia 2002 dan 2014, mengambil keputusan untuk bersara pada usia 37 tahun.
Olic memulakan kariernya bersama kelab Croatia, Marsonia, sebelum mencipta nama dalam Liga Perdana Russia dan Piala UEFA 2005 bersama CSKA Moscow.
Dia meneruskan kariernya beraksi di Bundesliga, dan menyertai Bayern pada 2009 selepas cemerlang di Hamburg.
Bersama The Bavarians, Olic menjuarai Bundesliga dan DFB-Pokal pada musim pertamanya dan dua kali muncul naib juara saingan Liga Juara-Juara (UCL).
"Saya sudah bersedia untuk bersara," kata Olic.
"Saya sangat gembira saya telah banyak mencipta kejayaan dan apa yang boleh saya katakan adalah saya telah memberikan yang terbaik dalam latihan dan perlawanan."