Bekas penjaga gol Liverpool anggap Ten Hag sudah menuju jalan keluar

Ammar Hakim
March 19, 2024 00:06 MYT
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, berkemungkinan besar tidak akan mengekalkan kedudukannya musim depan, kata bekas penjaga gol Liverpool, David James.
The Red Devils menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris susulan musim yang kurang konsisten, dengna ramai yang mula menyeru supaya Ten Hag digantikan berikutan siri persembahan mengecewakan serta penyingkiran daripada saingan Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, United meraih suntikan moral menerusi kemenangan Ahad lalu apabila Amad Diallo menjaringkan gol pada minit ke-12 untuk memastikan kemenangan 4-3, ke atas Liverpool dalam aksi suku akhir Piala FA.
Tetapi dengan pemilik INEOS Jim Ratcliffe, yang membuat pembelian 27.7 peratus kepentingan dalam kelab itu telah disahkan awal tahun ini untuk mengambil alih operasi bola sepak, James percaya Ten Hag tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan musim depan.
"Saya berpendapat secara tradisinya dengan United, tugas pengurus hanya bergantung kepada kelayakan dalam Liga Juara-Juara," kata James kepada Stats Perform.
"Saya tidak fikir mereka akan layak ke Liga Juara-Juara. Saya tidak fikir [dia] akan bersama United musim depan.
“Saya mendengar dia bercakap tentang persembahan yang baik apabila mereka tewas atau perkara yang positif diraih daripada kekalahan dan saya rasa ia tidaklah seperti United yang saya kenali.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengannya, namun sebagai pengurus, saya tidak berasakan dia layak berada bersama Manchester United, yang merupakan salah satu kelab terbesar di dunia. Jadi musim depan, saya tidak fikir dia mungkin akan mengundur diri."

AFTER OVER 120 MINUTES OF BREATHLESS FOOTBALL... WE'RE THE FAMOUS MAN UTD AND WE'RE GOING TO WEMBLEY!!! ?️#MUFC || #FACup pic.twitter.com/zuA3cPy10u

— Manchester United (@ManUtd) March 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Liverpool #David James #Erik ten Hag