Bekas pemain tengah England, Rodwell, sertai Western Sydney Wanderers
Muzaffar Musa
November 19, 2021 12:22 MYT
November 19, 2021 12:22 MYT
Bekas pemain tengah England, Jack Rodwell, menyertai kelab A-League, Western Sydney Wanderers, bagi musim 2021-22.
Bekas pemain Everton dan Manchester City berusia 30 tahun itu tidak memiliki kelab sejak dilepaskan Sheffield United pada Jun lalu.
Rodwell -- yang hanya melakukan dua penampilan sepanjang 18 bulan bersama The Blades -- berlatih selama dua minggu bersama Wanderers sebelum mengikat kesepakatan selama semusim semalam.
"Langkah ini benar-benar membuatkan saya teruja, Saya telah mencari peluang untuk bermain di Australia sepanjang beberapa bulan ini dan memandangkan isteri saya daripada Sydney Barat, Wanderers merupakan destinasi yang sempurna.
"Australia seperti rumah kedua saya, ia negara kegemaran saya di dunia, ia tempat asal isteri dan keluarga saya; kami sukakan tempat ini.
"Sejujurnya, saya tidak sabar untuk bermain. Dengan perlawanan pembukaan merupakan derby Sydney, semua orang dalam keluarga saya tidak sabar untuk menontonnya, jadi ia merupakan satu peluang yang besar dan sesuatu yang saya nanti-nantikan.
"Saya mahu berterima kasih kepada kelab ini kerana memberikan saya peluang ini dan saya berharap dapat membalas kepercayaan yang mereka berikan buat saya," katanya.
Rodney mencuri tumpuan sewaktu melakukan penampilan pertamanya pada usia 16 tahun bersama skuad senior Everton tetapi dia kian tenggelam selepas menyertai City pada 2012.
Jack Rodwell is a Wanderer. Find out more: https://t.co/wGxiWazSVG #WSW pic.twitter.com/RqoOpCsC82
— WS Wanderers FC (@wswanderersfc) November 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.