Bekas pemain Chelsea tidak sabar nikmati pentas Liga Juara-Juara bersama Aston Villa
Ammar Hakim
July 23, 2024 08:45 MYT
July 23, 2024 08:45 MYT
Ian Maatsen melabel ketua jurulatih Aston Villa, Unai Emery, individu 'hebat' ketika dia membuat persiapan untuk penampilan sulung kelab itu di pentas Liga Juara-Juara musim ini.
Maatsen melengkapkan pertukaran GBP37.5 juta (RM227 juta) dari Chelsea semasa bertugas antarabangsa bersama Belanda di Euro 2024.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang tidak beraksi bersama Ronald Koeman di Jerman, menandatangani perjanjian enam tahun di Villa Park berikutan tempoh pinjaman yang mengagumkan dengan Borussia Dortmund musim lalu.
Maatsen membuat 16 penampilan Bundesliga, menjaringkan dua gol dan membantu Die Schwarzgelben mara ke final Liga Juara-Juara, bermain sepanjang tempoh ketika tewas 0-2 kepada Real Madrid di Wembley.
Emery membawa Villa ke tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris, dan telah menjadi terkenal kerana kejayaannya di pentas Eropah semasa berada di Sepanyol.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memenangi Liga Europa empat kali, sambil turut membimbing Villa ke separuh akhir Liga Conference Europa musim lalu.
“Musim lalu mereka melakukannya dengan sangat baik dan jurulatih itu jelas merupakan jurulatih yang cemerlang dengan banyak pengalaman di Eropah,” kata Maatsen kepada laman web rasmi kelab Aston Villa.
"Mereka bermain bola sepak Liga Juara-Juara musim ini jadi ia mengujakan.
"Dia seorang pengurus yang suka bermain bola sepak dan memenangi trofi.
"Itulah cabaran bagi saya untuk datang ke sini dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa saya mampu melakukan perkara ini pada tahap tertinggi."
First day in the building for Ian Maatsen ? pic.twitter.com/M2CqNOH726
— Aston Villa (@AVFCOfficial) July 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.