Barcelona kata saya sudah tua, tidak lagi sesuai untuk kelab gergasi -- Suarez

Ammar Hakim
February 23, 2021 10:59 MYT
Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez, mendedahkan Barcelona memberitahunya bahawa dia telah melepasi tahap kemuncak.
Suarez menjaringkan 16 gol dalam 20 penampilan saingan liga musim ini, membantu skuad kendalian Diego Simeone untuk berada di puncak LaLiga, dan menyamai bilangan jaringan bekas rakan sepasukan di Barca, Lionel Messi.
Selepas pemain berusia 34 tahun itu dibenarkan menyertai musuh Catalans, Atleti kini memiliki kelebihan lapan mata ke atas Barcelona yang menghuni tangga keempat, dan berkelebihan tiga mata ke atas Real Madrid.
Pemain kelahiran Uruguay itu meledak 198 gol dalam enam musim di Nou Camp tetapi selepas jurulatih baru, Ronald Koeman dilantik, Suarez mendedahkan dia diberitahu bahawa tidak lagi mampu beraksi di tahap terbaik.
"Apa yang menggangu saya adalah mereka memberitahu bahawa saya sudah tua dan tidak mampu beraksi di tahap terbaik, untuk bersama pasukan yang bagus. Perkara itu amat mengecewakan saya," kata Suarez.

16 - Luis Suárez ?? has scored 16 goals in his first 17 games for Atlético de Madrid in LaLiga, becoming the fastest player to reach 16 goals for the same club in the competition in the 21st century (Cristiano Ronaldo ?? - 15 goals for Real Madrid in 2009/10). Amazing. pic.twitter.com/wHbLRFdA7P

— OptaJose (@OptaJose) February 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun Suarez menemui sukar untuk meninggalkan hubungan baik dimiliki dirinya dan keluarga yang dibentuk di Barcelona, pemenang Kasut Emas Eropah itu tidak berniat untuk kekal di tempat yang dia tidak lagi digemari.
"Perubahan ini sangat dialu-alukan kerana, setelah semua yang saya alami di Barca, perubahan yang saya amat perlukan," kata Suarez.
"Perkara paling sukar adalah selepas anda memiliki keluarga selama enam tahun dan sudah biasa berada di satu tempat yang sama.
"Menjelaskan kepada anak-anak saya bahawa kami perlu melalui meningglkan Barcelona, sesuatu yang sangat sukar.
"Dengan situasi yang melibatkan pandemik, kesukaran semasa, khususnya untuk bersosial dengan orang-orang di sini, di Madrid.
"Ini merumitkan keadaan, mustahil untuk melakukan aktiviti di luar rumah bersama anak-anak, kita harus tinggal di rumah. Mereka merindui rakan mereka, kerana mereka merindui keluarga isteri saya di Barcelona.
"Tetapi anda juga harus melihat sisi positifnya: saya tidak akan bahagia di mana orang tidak lagi menginginkan saya. Sekarang keluarga saya merasakan bahawa saya gembira dan itu adalah perkara utama."
Suarez dijangka turun untuk Atleti berdepan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di National Arena di Bucharest, Romania, awal pagi esok.
#Barcelona #Atlético Madrid #Luis Suarez #La Liga
;