Muzaffar Musa
Tue Oct 18 2022
Robert Leandowski memenangi Gerd Muller Trophy dengan menjaringkan 57 gol di peringkat kelab dan antarabangsa sepanjang musim lalu dan tidak gentar menghadapi cabaran Erling Haaland bagi msuim 2022-23.
Lewendowski menerima anugerah daripada France Football itu -- sebagai penjaring terbanyak -- buat tahun kedua berturut-turut, di mana Karim Benzema pula dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or dalam satu majlis di Paris awal pagi tadi.
Gelaran itu -- yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Penyerang Terbaik Tahunan -- dinamakan bersempena nama legenda Bayern Munich, Muller, yang memegang rekod jaringan terbanyak Bundesliga dengan 40 gol semusim sebelum dipecahkan Lewandowski untuk memenangi trofi berkenaan.
Bagaimanapun, jika penyerang baru Barcelona itu mahu mengekalkan gelaran berkenaan bagi tahun 2023, dia perlu mengatasi mesin gol Manchester City, Haaland.
Pemain nombor sembilan City itu sudahpun mengumpulkan 20 gol buat kelab barunya selain turut meledakkan satu jaringan buat Norway musim ini.
Lewandowski, yang menduduki tangga keempat bagi Anugerah Ballon d'Or, pula baru menjaringkan 14 gol buat Barca dan masih belum mencipta jaringan buat Poland, sekali gus ketinggalan tujuh gol di belakang Haaland.
Pemain berusia 34 tahun itu ditanya mengenai Haaland selepas menerima Gerd Muller Trophy dan dia berkata: "Musim ini masih panjang dan saya juga sedar saya sedang membuka lembaran baru bersama Barca.
"Sejak hari pertama, saya berasa amat baik di kelab ini.
"Sejak minit pertama, saya dapat lihat bersama rakan sepasukan saya, kami berpotensi besar dan memiliki peluang untuk menjaringkan banyak gol. Saya amat pasti kami secara bersama sedang mengusahakannya.
"Ini adalah bola sepak, anda perlu sentiasa bersedia. Saya sedar generasi baru juga sedang tiba tetapi saya masih di sini," katanya.
SAC 2024: Selangor raih tujuh mata belasah DPMM di Petaling Jaya
Selangor diambang juara kejohanan empat penjuru, Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024, apabila meraih tujuh mata dengan membelasah kelab Brunei, DPMM FC, di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
SAC 2024: Balistier Khalsa raih empat mata atasi Young Elephants
Wakil Singapura, Balistier Khalsa meraih empat mata dalam aksi Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 apabila mengatasi kelab Laos, Young Elephants, 1-0 di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
Stadium Petaling Jaya kini rumah Gergasi Merah!
Stadium Petaling Jaya kini kelihatan sudah bersedia untuk menjadi rumah Selangor menjelang saingan Liga Malaysia musim 2024/25 bermula bulan depan.
Halilintar Tempoyok: Video pelancaran jersi Sri Pahang paling 'lucu' setakat ini
Jika ada anugerah video pelancaran jersi paling lucu dan menarik sepanjang pramusim ini, Sri Pahang pasti pemenangnya.
Piala Asia B-23: Stadium Abdullah bin Khalifa 'rumah baru' Indonesia
Indonesia telah meraih kemenangan dalam semua ketiga-tiga penampilan mereka di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha bagi kempen Piala Asia B-23 2024.
Piala Asia B-23: Indonesia sah sambung kontrak jurulatih hero Garuda Muda, Shin Tae-yong
Pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) Erick Thohir telah mengesahkan bahawa kontrak jurulatih cemerlang Shin Tae-yong akan dilanjutkan sehingga 2027.
Piala Asia B-23: Segak bergaya seiring pencapaian gah, Indonesia catat sejarah
Skuad Korea Selatan adalah antara pasukan tetap yang selalu ada buat saingan Olimpik sejak 1988. Namun bagi edisi Piala Asia B-23, Skuad Garuda Muda berjaya menamatkan rentetan 36 tahun Korea bagi ke olimpik Paris 2024.
Liverpool pada asal tidak minat tandatangani Darwin Nunez
Pasukan pengambilan pemain Liverpool lebih gembar menandatangani bintang Liga Perdana Inggeris yang berbeza berbanding Darwin Nunez dua tahun lalu, menurut satu laporan.
EPL: Atasi Brighton pastikan Man City pintas Liverpool
Phil Foden menjaringkan dua gol ketika membantu Manchester City memintas Liverpool dan kekal dalam persaingan takhta Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Brighton 4-0.
Piala Asia B-23: Jepun singkir tuan rumah, di landasan terbaik dakap kejuaraan
Jaringan gol dalam masa tambahan oleh Mao Hosoya dan Kotaro Uchino memastikan Jepun mengatasi 10 pemain Qatar dan mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 dengan kemenangan 4-2 ke atas skuad bimbingan Ilidio Vale di Stadium Jassim bin Hamad awal pagi tadi.
Man City title hopes rocked by Shaw injury
Khadija Shaw is set to miss the rest of the Women's Super League season, with Man City involved in a thrilling title battle against Chelsea.
Al Hilal 3-1 Al Fateh: Neves on target as Saudi giants close in on title
Ruben Neves was on target from the penalty spot as Al Hilal continued their march towards the Saudi Pro League title.
Edwards urges Luton Town to ignore scrutiny on relegation battle
As the fight for Premier League survival goes on, Rob Edwards wants his players to ignore the noise around them.
Glasner challenges Crystal Palace to extend winning run
After securing Premier League safety in midweek, Oliver Glasner is determined to ensure his team keep up their momentum.
Alcaraz begins Madrid Open campaign with emphatic win
Alexander Shevchenko was comfortably brushed aside by home hope Carlos Alcaraz, who only dropped three games in a routine victory.
Columbus Crew v CF Montreal: Nancy proud of resilient Champions Cup performance
Reigning MLS Cup champions the Columbus Crew are back in league action when they take on CF Montreal on Saturday.
Man Utd cannot afford to get complacent – Ten Hag
Preview: Man United v Burnley
Pochettino urges Chelsea players to have more self-belief
Preview: Aston Villa v Chelea
Reigning champion Sabalenka pushed by Linette at Madrid Open
Sabalenka through in Madrid
RFEF elects Rocha as new president
Pedro Rocha is under investigation, but that has not stopped him becoming the new president of the Spanish Football Federation.