Secara rasminya, tiga pelumba berbasikal trek negara sudah melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024 yang diketuai The Pocket Rocketman.

Datuk Azizul tonjol rasa syukurnya di laman Facebook dengan berbangga untuk berlumba di pentas terbesar dunia buat kali ke-5 dalam karier.

Perkara itu juga menjadikan penglibatannya dengan temasya Sukan Olimpik sudah mencapai tempoh 20 tahun.

Dengan penampilan pertama pada Olimpik Beijing 2008, ada kemungkinan tinggi Olimpik Paris tahun ini menjadi temasya terakhir buat dirinya.





"Penampilan di temasya kali ini juga amat menarik kerana saya sudah mencecah usia 36 tahun.

"Usia di mana rata-rat dari kita percaya uang ia sudah lewat dan prestasi seseorang atlit itu mulai melantai.

"Di Beijing 2008 lagi, objektif saya adalah tertumpu lebih jauh daripada itu, ia tidak pernah luntur dan saya sentiasa bekerja keras demi merealisasikan untuk negara tercinta," kata Datuk Azizul di laman Facebook miliknya.

Pemegang satu pingat perak dan satu pingat gangsa Sukan Olimpik itu juga menyeru rakyat Malaysia beri sokongan sepenuhnya kepada skuad berbasikal trek negara dan rakan-rakan yang lain dalam misi raih emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.