Atletico Madrid tanggung rugi kurang berbisa

Shaiful Shamsudin
October 19, 2022 00:59 MYT
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, berasakan pasukannya perlu membayar harga mahal berikutan prestasi longlai ketika diikat Rayo Vallecano 1-1, awal pagi tadi.
Jaringan separuh masa pertama daripada Alvaro Morata kelihatan sudah cukup untuk memberikan Atletico kemenangan LaLiga keempat berturut-turut di sebalik terlepas beberapa peluang berharga untuk menokok gol sebelum sepakan penalti Radamel Falcao pada minit ke-92 mengimbangi kedudukan.
Lantas, mereka kesal tidak memanfaatkan kesempatan terhidang sebelum pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Jose Gimenez yang cuba menghalang tandukan Randy Nteka, dan Falcao sama sekali menggunakan peluang itu untuk menafikan kemenangan bekas pasukannya berkenaan.
Sehubungan itu, Simeone kecewa dengan ketidakupayaan pasukannya untuk mematikan permainan apabila memberitahu wartawan: "Kami mempunyai situasi jaringan yang baik untuk menyumbat gol kedua dan membunuh perlawanan.
“Kesilapan kedua ialah tidak mempunyai penyudah berkesan dan kami kekal dalam situasi yang menyaksikan pihak lawan menyamakan kedudukan.

7- Antoine Griezmann ?? created seven goalscoring chances against Rayo Vallecano, the best tally in a single game in his entire LaLiga career and the best by an Atlético de Madrid player since Koke against Real Valladolid in September 2012 (10). Generator. pic.twitter.com/sEam8eGNdP

— OptaJose (@OptaJose) October 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dalam babak kedua, kami melancarkan banyak serangan balas bagi membunuh permainan, kami buntu mencari gol kedua yang sangat diperlukan dan kami kehilangan dua mata penting."
Atletico kini tiga mata di belakang pendahulu LaLiga, Real Madrid. dan pengurus berusia 52 tahun itu berasakan pemainnya perlu lebih kejam pada masa hadapan.
"Kami tidak menunjukkan karakter terdesak.
“Jika anda dapat menguji penjaga gol beberapa kali, ia perlu ditukarkan kepada gol.
"Anda perlu meningkatkan kekuatan dan melatihnya kerana sebaik situasi seperti ini tiba, anda akan ada keberanian untuk menyudahkannya."
#Diego Simeone #Atletico Madrid #LaLiga