Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun

Azreena Faizal
May 15, 2024 10:31 MYT
Aston Villa akan beraksi dalam kejohanan teratas benua Eropah untuk kali pertama dalam tempoh 41 tahun selepas sah layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
Kekalahan 1-2 Tottenham kepada Manchester City awal pagi tadi secara tidak langsung mengesahkan kedudukan keempat Villa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berbaki satu perlawanan musim ini.
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83, di mana mereka tersingkir di peringkat suku akhir oleh Juventus dalam Piala Eropah.
Villa tersingkir di tangan Olympiacos dalam separuh akhir Liga Persidangan Eropah (UECL) musim ini tetapi mereka kini akan menumpukan perhatian memburu gelaran tertinggi Eropah dalam UCL musim depan.
#Aston Villa #Liga Juara-Juara Eropah #EPL #UCL #Liga Perdana Inggeris
;