Setelah kecederaan dialami dua tonggak utama, Marhaan Jalil dan Faiz Helmi, kini skuad hoki kebangsaan terus dibelenggu dengan kecederaan beberapa pemain utama.

Ketua jurulatih hoki kebangsaan, Arul Selvaraj mengesahkan lima pemain tidak dapat beraksi dalam saingan Piala negara-Negara di Afrika Selatan yang akan bermula pada 28 November hingga 4 Disember ini.

Susulan daripada kejayaan 'The Speedy Tigers' yang menjuarai Piala Sultan Azlan Shah Khamis lalu, Arul percaya pemain-pemain muda mampu memberilam aksi terbaik meskioun kurang pengalaman di atas padang.

Jelasnya lagi, barisan jurulatih dan pasukan masih mengkaji corak perlawanan pihak lawan untuk membuat percaturan yang mampan.