Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menggesa jendela perpindahan Liga Pro Saudi ditutup selaras dengan pasaran Eropah, tetapi menjangkakan aktiviti penjualan pemain tetap berlaku selepas 1 September.

Beberapa pemain handalan memutuskan untuk berkelana ke Arab Saudi pada musim panas ini menjelang pertemuan di antara Arsenal dengan Fulham malam ini yang kehilangan penyerang berbisa, Aleksandar Mitrovic, yang berpindah ke Al-Hilal minggu lalu.


Pengurus Fulham, Marco Silva, mendedahkan dia sempat menolak tawaran dari negara Timur Tengah sementara pemain sayap, Willian, pula tidak senang hati dengan spekulasi perpindahan yang berlegar.

Jendela Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal ditutup Jumaat depan, namun kancah Arab Saudi boleh menandatangani dan mendaftarkan pemain baru hingga 20 September depan, sesuatu yang Arteta percaya perlu ditangani.




Ditanya adakah jurang dua setengah minggu di antara jendela perpindahan itu adalah adil, pengurus berbangsa Sepanyol itu menjawab: “Tidak kerana ia merupakan satu cabaran. Saya rasa ia patut diubah.”

Justeru, Arteta berharap tarikh tutup perpindahan Liga Pro Saudi wajar selari dengan tarikh akhir Eropah: “Mereka adalah pesaing EPL dan langkah ini memberi ruang untuk pemain, pengurus dan orang yang bekerja dalam industri ini untuk membuat keputusan.

“Akhirnya, kami bebas membuatkan keputusan asalkan kelab, pemain atau sesiapa sahaja mencapai sesuatu persetujuan. Mereka berniat untuk berhijrah maka mereka perlu mencari persetujuan bersama, sebab itu wujudnya kontrak.

"Jika seseorang itu bersetuju untuk berhijrah, ia atas persetujuannya tetapi kelab mahu menjualnya maka ia akan melibatkan beberapa pendekatan yang berbeza."