Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Muzaffar Musa
December 28, 2024 13:58 MYT
December 28, 2024 13:58 MYT
Penyerang Arsenal, Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
“Dia menejalani prosedur, semuanya berjalan lancar tetapi malangnya, dia akan diketepikan selama beberapa minggu,” kata bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu selepas Arsenal menewaskan Ipswich Town 1-0 untuk kembali menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
"Saya fikir ia akan mengambil masa lebih dua bulan. Ia akan bergantung kepada bagaimana tisu parut itu mula sembuh, minggu pertama atau lebih.
"Kita perlu lihat, ia sangat sukar untuk dikatakan."
Saka menghasilkan lima gol dan 10 bantuan jaringan musim ini dan menjadi perancang utama Arsenal sepanjang tempoh itu.
Pemain berusia 23 tahun itu terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan menentang Crystal Palace awal bulan ini dan dilihat meninggalkan stadium dengan bertongkat.