ARRC: Status Teo Yew Joe sebagai pemilik-pelumba pasukan unik, mencabar

Saufi Tahir
September 14, 2024 20:07 MYT
Pelumba Savitar ESG Team Asia, Teo Yew Joe, berasakan statusnya sebagai pemilik serta pelumba dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 merupakan sesuatu yang unik tetapi mencabar.
Dia mengakui faktor masih baru sebagai cabaran utama untuk dia dan pasukannya bersaing bersama pelumba-pelumba serta pasukan berpengalaman dalam sukan jentera dua roda terutamanya di peringkat Asia.
"Kurang berpengalaman dan kebakangan ini juga kami telah banyak belajar juga dan masih baru untuk bersaing dengan pelumba-pelumba besar.
"Bukan mudah untuk menguruskan kedua-duanya sekali sebagai pengurus dan pelumba kerana ia memakan masa dari urusan pasukan, aspek pengetahuan dan idea, jadi ia sangat mencabar.
"Cabaran untuk buat perkara yang lain daripada lain, ia adalah sesuatu yang unik." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
#ARRC #Permotoran #Kejuaraan Motosikal Asia 2024 #Teo Yew Joe