Arne Slot sahkan sendiri akan ketuai Liverpool

Kamal Nizam
May 18, 2024 09:30 MYT
Selepas kenyataan Jurgen Klopp yang bakal meninggalkan kem Liverpool di akhir musim ini, naik pula nama pengurus Feyenoord, Arne Slot, yang bakal mengganti Klopp di Anfield.
Perkara itu boleh dikatakan pasti terjadi selepas tuan badannya sendiri mengesahkan dia akan menjadi pengurus Liverpool musim hadapan.

?? Arne Slot: “I can confirm that I will be new Liverpool manager next season”. Slot signed his #LFC contract today. pic.twitter.com/F2e7n60pKy

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tiada apa-apa pengumuman lagi, tetapi saya tidak rasa ia satu berita baru kepada kamu (media) yang saya akan menjadi pengurus di sana (Liverpool) musim depan," kata Arne Slot kepada media.
Slot berpindah ke Feyenoord pada 2021 selepas musim gemilangnya bersama AZ Alkmaar dan dia berjaya bawa Feyenoord ke final Liga Conference Europa tapi sayangnya ditundukkan AS Roma.
Dia kemudiannya beri kejuaraan liga pertama Feyenoord sejak 24 tahun pada musim lepas sekaligus menjadikan dia antara yang terbaik untuk gantikan Klopp di Liverpool.
#Liverpool #Feyenoord #EPL #Jurgen Klopp #Arne Slot