Arne Slot gembira rai hari jadi dengan kemenangan Liverpool

Ammar Hakim
September 18, 2024 08:47 MYT
Arne Slot memuji kekuatan Liverpool apabila The Reds memberikan hadiah hari jadi terbaik dengan kemenangan ke atas AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
Liverpool kembali ke UCL selepas semusim tidak beraksi dan mereka menempa permulaan langkah kiri apabila ketinggalan menerusi jaringan Christian Pulisic dalam tempoh tiga minit San Siro.
Ibrahima Konate kemudian menyamakan kedudukan sebelum Virgil van Dijk menandakan penampilan ke-50 UCL dengan gol dalam separuh masa pertama.
Dominik Szoboszlai kemudian memastikan kemenangan 3-1 buat Liverpool ke atas Milan.
Kemenangan tersebut memastikan Slot meraikan ulang tahun ke-46 dengan penuh bergaya, menyaksikan tiga mata beraksi di pentas Eropah bersama kelab baharu.
Arne Slot memuji kekuatan Liverpool apabila The Reds memberikan hadiah hari jadi terbaik dengan kemenangan ke atas AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
"Cara yang bagus untuk meraikan hari lahir saya," kata pengendali Belanda itu di Amazon Prime.
"Kami mempunyai lebih daripada 11 pemain dan mereka yang masuk bermain dengan baik. Segalanya berjalan seperti yang telah kami rancang."
Liverpool dikejutkan dengan kekalahan Sabtu lalu, tumbang 1-0 kepada Nottingham Forest di Anfield.
Bekas pengendali Feyenoord, Slot gembira dengan reaksi pasukan apabila Liverpool mencatatkan lima kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka di tempat lawan di Itali dalam Liga Juara-Juara.
"Kekalahan Sabtu lalu adalah satu tamparan hebat dan ketinggalan 1-0 awal di sini, anda tertanya-tanya bagaimana kami akan bertindak balas," tambah Slot.
"Tetapi jika anda boleh bermain dengan begitu baik, ia adalah - saya tidak akan mengatakan yang memalukan - sukar dipercayai anda kalah kepada Forest di laman sendiri jika anda boleh bermain seperti ini [di Milan]."
#Liverpool #UCL #Arne Slot