Anugerah Terbaik FIFA: Scaloni, Ancelotti dan Guardiola finalis calon jurulatih terbaik

Ammar Hakim
February 9, 2023 22:40 MYT
Ketua jurulatih Argentina yang memenangi Piala Dunia, Lionel Scaloni, dan Carlo Ancelotti dari Real Madrid adalah antara finalis untuk Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA 2022.
Kedua-duanya disenaraikan bersama calon kekal, Pep Guardiola dari Manchester City dalam pertembungan tiga penjuru, dengan Pep dinamakan sebagai finalis buat kali ketiga.
Scaloni, yang menduduki tempat keempat tahun lalu, membawa La Albiceleste meraih kemenangan di Qatar 2022 dan diiktiraf atas usahanya membantu melakar kejayaan Piala Dunia pertama sejak 1986.
Ancelotti turut cemerlang atas usahanya bersama Madrid, selepas memenangi dua kejuaraan benua dan menjadi pengurus pertama memenangi kesemua lima kejuaraan liga utama Eropah.
Guardiola membimbing City ke satu lagi kejayaan Liga Perdana Inggeris, walaupun dia gagal dalam Liga Juara-Juara sekali lagi dan menyaksikan saingan utama pasukannya Liverpool merangkul Piala FA dan Piala EFL.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu akan berusaha memperbaiki pencapaiannya, setelah menduduki tempat kedua pada 2019 dan ketiga pada 2021.

The three finalists for #TheBest FIFA Men’s Coach Award have been revealed! ?? @PepTeam ?? @lioscaloni ?? @MrAncelotti

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Pep Guardiola #Carlo Ancelotti #Lionel Scaloni