Pemain kebangsaan Perancis, Antoine Griezmann, menimbulkan spekulasi terhadap penampilannya yang menggunakan kasut bola daripada jenama asing berbanding sebelum ini.

Penyerang Atletico Madrid itu dilaporkan bakal meninggalkan Puma selaku jenama terkemuka dunia selepas hampir 14 tahun menjadi penaja rasmi bagi kasut bola Griezmann dan belum ada perjanjian terhadap menandatangani kontrak baru bersama Puma.



Tonggak berusia 33 tahun itu dilihat menyarung koleksi daripada Decathlon, satu jenama yang sedang meningkat naik dan telah menjadi rakan rasmi kepada beberapa pemain yang lain.