Andre Silva tinggalkan Eintracht Frankfurt untuk RB Leipzig

Muzaffar Musa
July 3, 2021 06:28 MYT
RB Leipzig menandatangan penyerang bintang, Andre Silva, daripada seteru Bundesliga, Eintracht Frankfurt, demikian diumumkan hari ini.
Silva menikmati kempen gemilang musim 2020-21 untuk pemain Portugal itu kini mengikat kontrak lima tahun bersama Leipzig sehingga 2026.
Penggempur berusia 25 tahun itu -- yang terdahulu melengkapkan perpindahan tetap di Eintracht selepas dipinjamkan daripada kelab Serie A, AC Milan, pada September lalu -- telah menjaringkan 28 gol dalam Bundesliga musim lalu, di mana hanya bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski (41), menjaringkan lebih banyak gol berbandingnya.
+++++++++++

? ? ? pic.twitter.com/OKZ0cJcRId

— Die Roten Bullen (@DieRotenBullen) July 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya amat teruja dengan cabaran baru di RB Leipzig.
"Kelab ini mempunyai sasaran yang besar dan bercita-cita dan saya mahu membantu mereka untuk mencapainya, lebih ideal dengan menjaringkan sebanyak gol yang mungkin.
"Saya mahu beraksi di peringkat tertinggi, iaitu Liga Juara-Juara Eropah -- saya berpeluang untuk melakukannya dengan kerap di RB Leipzig.
"Ia tidak memerlukan waktu yang lama untuk pengurusan kelab ini meyakinkan saya mengenai visi dan falsafah bola sepak mereka.
"Walaupun saya masih memiliki masa untuk berehat, saya sudah tidak sabar untuk memulakan musim baru di RB Leipzig," katanya.
#bola sepak #RB Leipzig #Eintracht Frankfurt #Andre Silva #Bundesliga