Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona

Najmi Iman
August 16, 2024 08:14 MYT
Anak kepada legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho, memilih kelab Liga Kejuaraan, Burnley, sebagai destinasi baharunya selepas menyertai akademi remaja Barcelona pada musim lalu.
Keputusan Joao Mendes yang menandatangani kontrak bersama Burnley itu telah mengejutkan pelbagai pihak kerana tidak mempercayai keputusan pemain berusia 19 tahun itu.

??? Ronaldinho’s son João Mendes has signed in as new Burnley player. pic.twitter.com/NV5Uqpq1ib

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta, menegaskan bahawa pasukan gergasi Laliga itu sememangnya memahukan anak kepada pemenang Ballon d'Or itu meneruskan kariernya di Nou Camp.
#Burnley #Ronaldinho #Liga Kejuaraan #Joao Mendes