Anak Cristiano Ronaldo julang piala terlebih dahulu buat Al Nassr sebelum bapanya

Fariha Razak
March 5, 2024 06:28 MYT
Bapak borek anak rintik! Sifat memenangi trofi dan piala bola sepak nyata mengalir dalam tubuh keluarga Ronaldo.

Cristiano Ronaldo Jr. lifting the trophy after winning the league with Al Nassr's U13 team pic.twitter.com/Lrsz2lfyie

— Historic Vids (@historyinmemes) March 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas pelbagai kejayaan yang diraih bintang kelahiran Portugal itu, kini Cristiano Ronaldo Jr mengikut jejak langkah bapanya pula selepas membantu kelab Al Nassr bawah 13 tahun untuk menjadi Juara Liga Premier bawah 13 tahun.
Bukan itu sahaja, pemain muda ini juga merupakan individu penting yang memacu kejayaan pasukan apabila bertanggungjawab sebagai kapten dalam membuktikan yang dia juga mampu menyinar seperti bapanya.

Like father, like son ?❤️ pic.twitter.com/GIHGxn8SRq

— عالم كريستيانو (@CR7xWorld) March 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam mengikut jejak langkah Ronaldo sebagai antara pemain ‘the greatest of all time’ dalam bola sepak dunia, Cristiano Jr kini sudah mula memungut pialanya sendiri. Pemain berumur 13 tahun itu mengikut pergerakan bapanya dan telah menjadi sebahagian daripada akdemi belia Real Madrid, Juventus dan Manchester United sebelum menyertai pasukan Al Nassr pada Oktober 2023 berikutan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi.

Congrats Team! ?? https://t.co/1sMUflrfIA

— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) March 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut satu ciapan di laman X Al Nassr, Ronaldo Sr turut meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anaknya dengan memberi ucapan tahniah kepada Cristiano Jr dan rakan sepasukannya. Kejayaan ini pastinya merupakan permulaan yang baik untuk menyambung legasi Cristiano Ronaldo menerusi anaknya itu.
#Cristiano Ronaldo #Rencana #Al Nassr