Sungguhpun pengumuman rasminya belum dibuat, berita perpindahan Lionel Messi ke Liga Bolasepak Utama (MLS) sudah mula melanda Amerika Syarikat (AS).

Sebaik Bintang Argentina itu sendiri mendedahkan hala tuju barunya ke Miami Heat, jersi nombor 10 yang tertera namanya laku bak pisang goreng panas termasuk boleh dilihat dalam perlawanan ketiga Pusingan Akhir NBA.

Bintang NBA, Kevin Durant dan Giannis Antetokounmpo antara yang terawal mengalu-alukan kehadiran Messi.