Pemain tengah, Allan, memilih untuk meninggalkan Everton apabila memeterai perjanjian dengan Al Wahda.

Berita itu disampaikan oleh kelab yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menerusi Twitter dengan ciapan: "'Selamat datang Allan ke rumah sang juara'

'Kelab Bola Sepak Al Wahda telah mengikat kontrak dengan pemain Brazil, Alan Marcos, menerusi perjanjian perpindahan tetap daripada kelab Liga Perdana Inggeris, Everton, dengan kontrak dua musim sebagai sebahagian daripada usaha kelab untuk mengukuhkan barisan pasukan utama dan memenuhi keperluan kejayaan."

Pemain Brazil itu berusia 31 tahun itu -- yang dibeli daripada Napoli dua tahun lalu -- masih belum diberi kesempatan dalam barisan kendalian Frank Lampard yang membawa masuk tiga pemain tengah baru musim panas lalu.