Alexis Mac Allister dahagakan trofi bersama Liverpool

Shaiful Shamsudin
June 9, 2023 09:05 MYT
Sandaran baru Liverpool, Alexis Mac Allister, mengakui peranannya dalam kemenangan Piala Dunia bersama Argentina telah membangkitkan seleranya untuk mengecapi lebih banyak trofi dan percaya dia mampu memenuhi matlamat itu di Anfield.
Ketibaan pemain berusia 24 tahun itu dengan kontrak lima tahun menandakan permulaan usaha pengurus, Jurgen Klopp, memantapkan bahagian tengah pada musim panas ini.
Pemain antarabangsa Argentina itu dilaporkan mempunyai klausa pelepasan serendah £35 juta (RM202.5j) yang diperbaharuinya bersama Brighton pada Oktober tahun lalu bagi mengelakkan dia berpindah secara percuma di penghujung musim.
“Sejak memenangi Piala Dunia, saya berazam untuk memenangi lebih banyak trofi,” kata pemain tengah itu kepada LFCTV.

A walk and talk with World Cup winner @alemacallister ??#VamosAlexis pic.twitter.com/4A0FFdOV3J

— Liverpool FC (@LFC) June 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya rasa kelab ini akan membantu saya merealisasikannya. Itulah matlamatnya dan apabila anda berada di kelab besar seperti ini, anda perlu memenangi trofi. Itu yang saya dambakan.
“Tidak kira yang mana satu. Sudah tentu, setiap pemain mahu memenangi Liga Juara-Juara (UCL) mahupun Liga Perdana Inggeris (EPL) dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan demi merebut setiap trofi.”
#Liverpool #Alexis Mac Allister
;