ALCE: Kemenangan ini untuk semua penyokong Johor Darul Ta'zim -- Arif Aiman

Saufi Tahir
October 2, 2024 08:27 MYT
Penyerang Johor Darul Ta'zim, Arif Aiman Hanapi, mendedikasikan kemenangan bergaya pasukannya membenam Shanghai Shenhua buat semua penyokong yang memberikan sokongan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite), malam tadi.
Dia menjaringkan gol pembukaan menerusi rembatan kaki kiri untuk menewaskan Bao Yaxiong untuk memastikan Harimau Selatan mendahului sebelum Jorge Obregon dan Juan Muniz menambah derita pasukan pelawat di Stadium Sultan Ibrahim.

THREE points, three goals and a clean sheet! More photos at https://t.co/oHi4MrCGUs#JDTvSHS#ACLElite#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/LXIH5iGiB8

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bintang berusia 22 tahun itu berada di tangga kedua penjaring terbanyak selepas Jasir Asani yang mewakili kelab Gwangju FC dengan 4 jaringan terkumpul.
"Saya bersyukur kerana malam ini malam yang indah buat pemain dan penyokong JDT, perlawanan malam ini agar sukar dan penting buat kami jadi kami berikan yang terbaik untuk menang malam ini.

GOALL! ARIF AIMAN PUTS US AHEAD!!!#JDTvSHS#ACLElite#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/Ra3pxquUcE

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Setiap perlawanan berbeza, bermain di laman sendiri tiada tekanan dan hanya berikan yang terbaik.
"Kemenangan ini untuk semua penyokong JDT yang datang memberikan sokongan kepada kami malam ini, terima kasih atas sokongan anda semua." katanya.

When Arif Aiman sets his sights, there’s no stopping him! ⚽️ Another stellar performance from the young star!#ACLElite | #JDTvSHS pic.twitter.com/zvtQinZctT

— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Shanghai Shenhua #JDT #ACLE #arif aiman