Aksi cemerlang Haaland sekadar permulaan -- De Bruyne

Ammar Hakim
October 23, 2022 14:24 MYT
Kevin De Bruyne memberi amaran prestasi cemerlang Erling Haaland 'hanyalah permulaan' selepas dua jaringan penyerang itu membantu Manchester City menang 3-1 ke atas Brighton and Hove Albion.
Haaland dikekang ketika City mengalami kekalahan pertama musim ini di Liverpool minggu lalu, meninggalkan mereka empat mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (English Premier League), Arsenal.
Tetapi aksi rutin diteruskan apabila City menumpaskan Brighton di Stadium Etihad semalam, pemain antarabangsa Norway itu mengejar hantaran jauh Ederson untuk membuka jaringan sebelum menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti.
Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain City pertama yang menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut di laman sendiri sejak Sergio Aguero pada musim 2017-18.
Haaland kini telah menjaringkan 17 gol dalam 11 penampilan EPL dan rakan sepasukan, De Bruyne, berkata masih banyak lagi yang akan datang.
"Dia ditugaskan untuk menjaringkan gol. Dia mengalami musim yang sangat baik dan membantu kami memenangi perlawanan," kata De Bruyne kepada Sky Sports.
"Ia hanya permulaan, dia melakukan apa yang dia perlu lakukan. Pasukan bermain dengan baik buat masa ini jadi itu sahaja yang boleh kami lakukan."

How we're all feeling after that! ? ? 3-1 ? #ManCity pic.twitter.com/G9n4OcEMt1

— Manchester City (@ManCity) October 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Manchester City #Kevin De Bruyne #Brighton and Hove Albion #EPL #Liga Perdana Inggeris #English Premier League #Erling Haaland
;