Ajax pecat Schreuder selepas tujuh perlawanan tanpa menang

Muzaffar Musa
January 27, 2023 12:55 MYT
Ajax memecat ketua jurulatih, Alfred Schreuder, gara-gara prestasi merudum kelab itu.
Schreuder dipilih untuk mengisi jawatan itu selepas pemergian Erik ten Hag ke Manchester United hujung musim lalu dan dia pada awalnya kelihatan individu paling sesuai di Amsterdam selepas memenangi enam perlawanan liga pertama selain membalasah Rangers 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Bagaimanapun, mereka kemudian tersingkir di peringkat kumpulan UCL sebelum menunjukkan prestasi merudum dalam Eredivisie -- tidak memenangi sebarang perlawanan liga sejak Oktober lalu.
Selepas terikat 1-1 dengan pasukan di kelompok bawahan, Volendam, kelmarin, Ajax memilih untuk mengambil tindakan drastik dengan memecat Schreuder memandangkan mereka tidak pernah menang sepanjang tujuh perlawanan liga terakhir (seri enam dan tewas sekali) untuk kini menduduki tangga kelima Eredivisie dengan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Feyenoord.
Ia juga menyamai rekod tanpa kemenangan terpanjang sepanjang sejarah Ajax dalam Eridivisie selepas berdepan rekod sama pada 1962, 1964 dan 1965.

Ajax stelt Alfred Schreuder op non-actief.

— AFC Ajax (@AFCAjax) January 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Ajax #Eredivisie #Alfred Schreuder
;