ACT: Malaysia dibelasah India 8-1, apa sudah jadi dengan skuad hoki negara?

Muzaffar Musa
September 11, 2024 17:59 MYT
Skuad hoki negara dibelasah India 8-1 dalam aksi ketiga Kejohanan Hoki Piala Juara-Juara Asia (ACT) di China sebentar tadi.
Lebih memilukan, kekalahan itu hadir selepas skuad negara dikejutkan dengan kekalahan 2-4 di tangan pasukan di ranking terendah, iaitu tuan rumah, China, kelmarin.
The Speedy Tigers masih belum mencatatkan sebarang kemenangan sepanjang tiga perlawanan setakat ini selepas terikat 2-2 dengan Pakistan dalam aksi pertama.
Ia menyaksikan pasukan bimbingan Sarjit Singh itu terperosok di tangga tercorot liga sepusingan enam pasukan berkenaan, sekali gus kian mustahil untuk memburu penamat podium.
#Hoki #Sarjit Singh #ACT #Hoki Liga Juara-Juara Asia