ACT 2024: Apa Nasib Sarjit Singh Khamis ini?


September 17, 2024 14:59 MYT
Skuad hoki negara menerima banyak kecaman selepas tamatkan Trofi Juara-Juara Asia di tangga tercorot.
Malaysia tewas, 2-4 kepada Jepun menerusi penalti shoot out selepas terikat 4-4 dalam 60 minit masa sebenar pada penentuan tempat ke-5/6 di China.
Ia pencapaian terburuk sejak penampilan sulung pada 2011, juga di China.
Konfederasi Hoki Malaysia akan mengadakan sidang media pada Khamis yang akan dihadiri Sarjit dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KHM, Datuk Manjit Majid Abdullah.
Apa tindakan KHM untuk memperbaiki situasi ini?
Adakah Malaysia di landasan tepat untuk buru pingat emas Sukan Asia 2026 dan layak ke Sukan Olimpik LA 2028?
Apa nasib Sarjit?
#Hoki #KHM