ACLE: Rebutan gelaran 'Raja Asia Tenggara' berdepan JDT istimewa buat Dion Cools
Saufi Tahir
December 2, 2024 12:11 MYT
December 2, 2024 12:11 MYT
Pertahanan Buriram United, Dion Cools, berasakan beraksi di Malaysia dengan mewakili kelab berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) merupakan sesuatu yang 'istimewa' buat dirinya.
Dia yang juga merupakan kapten Harimua Malaya itu turut menjelaskan gelaran 'King of Asean' akan dinoktahkan selepas perlawanan tamat tetapi misi utamanya adalah untuk meraih tiga mata.
Untuk rekod, Buriram kini menduduki tangga kesembilan Kumpulan A dengan tujuh mata selepas lima perlawanan.
? The action of #ACLElite East captured through the lens! ? @tecnomobile | #ShotsoftheDay | #Stopatnothing | #TECNO pic.twitter.com/9o4oxhen1i
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) November 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami sudah bersedia untuk perlawanan ini kerana kami tahu ini adalah aksi yang penting. Ini adalah perlawanan yang besar kerana kami mahu tiga mata.
"Ia adalah sesuatu yang istimewa, saya memandang ke depan untuk aksi ini. Saya berharap dapat persembahkan aksi terbaik esok bersama pasukan.
Kapten Harimau Malaya Dion Cools galas misi penting Buriram United. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/PHxl89yATw
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semestinya siapa yang beraksi dengan baik dalam aksi ini akan dilabelkan sebagai 'Raja di Asia Tenggara' tetapi perkara penting adalah mara ke pusingan seterusnya." katanya.