ACLE: Kapten Harimau Malaya bantu Buriram ikat Vissel Kobe

Saufi Tahir
September 19, 2024 08:36 MYT
Kapten pasukan kebangsaan, Dion Cools, menjadi antara tonggak utama kelab Thailand, Buriram United mengikat kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), semalam.
Pemain berusia 28 tahun itu beraksi selama 90 minit tempoh perlawanan untuk membantu skuad kendalian Takayuki Yoshida mengutip satu mata penting di laman sendiri.
Cools menerima satu layangan kad kuning akibat kekasaran dan memacu pasukannya untuk berada di kedudukan ketujuh di atas Vissel Kobe secara keseluruhan selepas satu perlawanan.
Dalam pada itu, satu lagi aksi membabitkan Kumpulan A menyaksikan wakil negara Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mencuri satu mata untuk mengikat Shanghai Port 2-2 dengan kedua-dua jaringan disumbangkan oleh Arif Aiman Hanapi.
#bola sepak #dion cools #Vissel Kobe #Buriram United #ACLE