ACLE: Banyak faktor jejas persiapan Ulsan HD -- KPG

Najmi Iman
November 5, 2024 23:06 MYT
Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon, menjelaskan faktor mengenai kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Kekecewaan itu lebih mendalam susulan gagal meraih sebarang kemenangan dalam pentas Asia, sekali gus menghuni tangga tercorot tanpa pungutan mata.
Meskipun baru sahaja menjuarai liga utama Korea Selatan, ia tidak mencukupi buat keseluruhan pemain dan barisan kejurulatihan Ulsan HD.
"Sangat kecewa kerana masih tidak dapat menghasilkan walaupun satu kemenangan dalam pentas tertinggi Asia.
"Saya memohon maaf kepada semua penyokong Ulsan HD atas kekalahan ini.

Three goals and three points ?? More photos at https://t.co/LpEe2ncyLt#JDTvUHD#ACLElite#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/kXjZFSCJOj

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hanya mempunyai lima hari sahaja serta jarak enam jam perjalanan (dari Korea Selatan ke Malaysia) memberi kesan kepada pasukan tetapi seharusnya tidak boleh menjadi alasan buat kami," katanya ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam sidang media selepas perlawanan berkenaan.
Di samping mengharungi jadual perlawanan yang begitu padat, kami tidak mahu mengalihkan fokus tetapi ekoran beberapa kecederaan yang dialami oleh pemain, ia menjejaskan keseluruhan skuad.
Bekas jurulatih Harimau Malaya itu juga mengakui bahawa Ulsan HD mesti meningkatkan prestasi bagi menghadapi baki saingan ACLE untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Kim Pan-gon #ACLE #KPG #Liga Juara-Juara Asia Elit
;