ACC Shopee Cup: KL City cerahkan peluang ke peringkat kalah mati

Najmi Iman
September 26, 2024 23:06 MYT
KL CITY 1 BORNEO FC SAMARINDA 0
Kuala Lumpur City berhasil memperoleh kemenangan kedua selepas menewaskan Borneo FC Samarinda dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.
Kejayaan itu menyaksikan skuad kendalian Miroslav Kuljanac berpeluang cerah untuk melangkah ke peringkat kalah mati edisi pertama penganjuran tersebut.
Pemain kebangsaan, Brendan Gan, menjadi wira The City Boys apabila mudah menampan bola ke gawang pasukan pelawat hasil daripada gelecekan Zhafri Yahya yang menewaskan dua pertahanan Borneo.

Gol bagi KL City FC! Brendan Gan berjaya manjaringkan gol selepas kreativiti yang ditayangkan oleh Zhafri Yahya!#ShopeeCup #KLCBOR pic.twitter.com/Lyy7QJ2V9X

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan tersebut kekal 1-0 sehingga wisel penamat menandakan skuad Warga Kota berjaya mendapatkan tiga mata penuh yang berharga.
#bola sepak #Kuala Lumpur City #ACC Shopee Cup