ACC Shopee Cup: Info siaran langsung (live stream) Terengganu lwn Dong A Thanh Hoa

Muzaffar Musa
September 24, 2024 06:02 MYT
Wakil negara, Terengganu, akan turun bagi aksi kedua ACC Shopee Cup dengan melayani kunjungan kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa, di Kuala Terengganu malam ini.
Selepas tewas kepada wakil Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng, di laman sama bulan lalu, skuad Peteh itu sudah pasti akan turun dengan misi meraih kemenangan pertama.
Saksikan aksi menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan pada jam 8.30 malam ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
#bola sepak #Terengganu FC #Info Siaran Langsung #Live Stream #ACC Shopee Cup