Shaiful Shamsudin
Sat Feb 11 2023

Pep Guardiola menyelar seteru Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mendakwa mereka memberi tekanan hebat terhadap tuduhan kewangan yang dihadapi juara itu sambil menegaskan: "Ia membuatkan saya lebih bertekad mahu kekal."
Pengurus City itu mendakwa sembilan kelab EPL cuba membuatkan City tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) berikutan menghadapi pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Eropah UEFA berhubung soal kewangan.
Guardiola berkata kesemua 19 pencabar City musim ini mahu melihat juara bertahan itu dihukum, tetapi dia yakin City telah mengatasi kemelut tersebut dan tuduhan berkenaan akan digugurkan.
Bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu kemudian mempersoalkan apakah ganti ruginya sekiranya City terbukti tidak bersalah malah berkata adalah jelas mereka sudah dianggap sebagai kelab yang 'terkutuk'.
Guardiola percaya kelab-kelab lain harus berhati-hati dalam tindakan menjatuhkan City sambil berkata mereka mungkin tidak mahu hal ehwal kewangan mereka sendiri diperiksa terlalu teliti.
City telah dituduh melakukan lebih 100 pelanggaran peraturan kewangan EPL di antara musim 2009-10 dan 2017-18. Guardiola berkata tindakan itu berlaku memandangkan City "bukan sebahagian daripada pertubuhan ini".
"Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah kami telah pun dianggap bersalah," katanya.
Pada 2020, City digantung selama dua tahun daripada bola sepak Eropah tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Kelab itu didenda €10 juta (RM46.3j) kerana gagal bekerjasama selepas pada awalnya dikenakan €30j (RM139j) , tetapi masih dibenarkan beraksi dalam kancah Eropah.
Guardiola berkata: "Kelab membuktikan kami tidak bersalah.
“Anda perlu faham bahawa 19 pasukan EPL telah membuat tuduhan tanpa sedikit pun kami berpeluang untuk mempertahankan diri.
"Dan kata-kata kelab saya, pemilik saya, pengerusi saya, ketua pegawai eksekutif saya telah menjelaskan segala-galanya selama tiga atau empat tahun ini, jadi saya faham benar di mana saya berpihak."

Piala FA: Ten Hag mahu Manchester United jadikan kegagalan sebagai motivasi
Erik ten Hag berkata Manchester United perlu menggunakan kelukaan yang mereka alami selepas tewas dalam final Piala FA kepada Manchester City sebagai motivasi untuk memperbaiki prestasi dan menghapuskan jurang dengan pasukan jiran itu.

Piala FA: Pep Guardiola gesa Manchester City lengkapkan 'treble' musim ini
Pep Guardiola menggesa Manchester City untuk melengkapkan kegemilangan mereka dengan memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menjulang Piala FA malam tadi.

Serie A: Inter Milan kekal rentak kemenangan sebelum final UCL
Inter melalui persediaan terbaik menjelang final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) hujung minggu depan apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Torino dalam perlawanan terakhir Serie A awal pagi tadi.

Piala FA Inggeris: Ilkay Gundogan wira Manchester City benam seteru jiran
Ilkay Gundogan dua kali menemui sentuhan berbisa buat Manchester City mengatasi Manchester United 2-1 untuk menjulang Piala FA, sebentar tadi.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag -- Fernandes
Bruno Fernandes percaya Manchester United sedang membina sesuatu yang istimwa di bawah bimbingan Erik ten Hag dan ketua pasukan itu berasa bersyukur pengendali berkenaan masih meletakkan kepercayaan kepada dirinya biarpun mendapat kritikan hebat sewaktu mereka dibelasah Liverpool 7-0 sebelum ini.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Pasukan yang sedang memburu gelaran 'treble' musim ini, Manchester City, akan tampil dengan kekuatan penuh menjelang perlawanan final Piala FA menentang seteru tradisi, Manchester United, malam ini.

Kejayaan Manchester City hasil usaha pasukan -- Pep Guardiola
Pep Guardiola percaya ketidakadilan yang dilihat dalam jaringan Erling Haaland yang tidak dibenarkan dalam keputusan seri 1-1 di Brighton Rabu lalu membuktikan Manchester City adalah juara Liga Perdana Inggeris atas merit mereka sendiri.

Guardiola inspirasi saya jadi jurulatih -- De Zerbi
Roberto De Zerbi berkata Pep Guardiola 'masih nombor satu' dan mendedahkan pengendali Manchester City itu memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi jurulatih, selepas Brighton mengikat juara Liga Perdana Inggeris dengan keputusan seri 1-1.

EPL: Gundogan gesa Manchester City kekal standard tinggi buru gelaran 'treble'
Ilkay Gundogan berazam untuk tidak kehilangan momentum ketika Manchester City meneruskan pemburuan penamat tiga gelaran musim ini.

Arsenal belum berada di tahap yang sama dengan Manchester City -- Arteta
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, mengetahui bahawa pasukannya akan mengambil masa untuk mencapai tahap Manchester City.

Huge blow for England with spinner Jack Leach ruled out of Ashes
Leach experienced low back symptoms during England’s win over Ireland at Lord’s.

Fred is yet to talk to Erik ten Hag about future at Manchester United
The Brazil international has played 35 times in the Premier League this season.

Rodri insists Man City have learned from past failures in Champions League
Europe’s top competition is the only major honour the club has yet to land.

Northern Ireland’s Tom McKibbin wins first DP World Tour title after fine finish
The 20-year-old finished two shots clear at the Porsche European Open in Hamburg.

Luke McCowan signs new two-year deal with promoted Dundee
The 25-year-old midfielder joined the club from Ayr two years ago.

Russian and Belarusian players seeking UK visas for Wimbledon experience delays
Longer processing times could see stars forced to miss the tournament.

Verstappen wins Spanish GP as Hamilton and Russell make podium
The Dutchman led all 66 laps at Barcelona’s Circuit de Catalunya to register his fifth victory of the season.

Man charged after wearing shirt appearing to refer to Hillsborough disaster
James White was arrested during the FA Cup final at Wembley on Saturday.

FA ‘strongly condemns’ actions of man who wore shirt referencing Hillsborough
A Manchester United fan was seen at the FA Cup final in a shirt with the number 97 on the back and the words ‘Not Enough’.

Josh Hazlewood set to be fit for Ashes despite missing Test Championship final
The 32-year-old has been managing an Achilles issue as well as a side injury in recent months.