YAKEB-KTMB hubungkan komuniti menerusi sukan dan aktiviti sosial

Ammar Hakim
October 20, 2024 17:48 MYT
Tumpat menjadi saksi destinasi terakhir Program Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Atlet Lejen Jupo Ore Tumpat'.
Antara aktiviti kelolaan Yayasan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu yang mencuri tumpuan adalah senaman aerobik, klinik sukan, pemeriksaan kesihatan percuma, dan perlawanan persahabatan bola sepak di antara kakitangan KTMB dan bekas pemain kebangsaan.
Program ini memperlihatkan usaha KTMB dan YAKEB dalam menghubungkan komuniti melalui sukan dan aktiviti sosial yang menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang.
#bola sepak #YAKEB #KTMB
;