WSL: Manchester United belasah Liverpool 4-0
Ammar Hakim
December 8, 2024 22:12 MYT
December 8, 2024 22:12 MYT
Manchester United dalam prestasi yang cukup cemerlang apabila mengatasi Liverpool 4-0 di Leigh Sports Village dalam saingan Liga Super Wanita (WSL).
Pasukan tuan rumah mempamerkan permulaan yang cemerlang dalam tempoh 30 minit pertama permainan, apabila berjaya mendahului menerusi gol Elisabeth Terland/
Dua minit kedua, skuad kendalian Marc Skinner menggandakan kelebihan apabila Leah Galton melepaskan rembatan kaki krisi mengatasi penjaga gol.
Dalam separuh masa kedua, Man Utd menambah satu lagi bilangan jaringan apabila Dominique Janssen menjaringkan gol pertama bersama kelab hasil percubaan dari luar kotak penalti.
Janssen kemudian bertindak sebagai arkitek jaringan apabila hantaran silangnya membenarkan Melvine Malard melakukan sentuhan cukup bergaya untuk menembusi gawang.
Keputusan itu menyaksikan Liverpool buat kali ketiga berturut-turut, meraih sembilan daripada sembilan perlawanan pembukaan WSL.