UNL: Perancis kenduri gol ratah Israel

Saufi Tahir
October 11, 2024 11:45 MYT
ISRAEL 1 PERANCIS 4
Perancis meneruskan rentak kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan B Liga Negara-Negara dengan Christopher Nkunku dan Bradley Barcola menjadi watak penting membenam Israel 4-1 di Arena Bozsik, awal pagi tadi.
Eduardo Camavinga menjaringkan gol pembukaan seawal minit keenam namun Omri Gandelman menyamakan kedudukan apabila tandukannya menewaskan Mike Maignan pada minit ke-24.
Selang empat minit kemudian, giliran Christopher Alan Nkunku kembali meletakkan Perancis mendahului sekali lagi apabila berjaya memperdayakan tiga pertahanan Israel.

??????? ?Les Bleus clinch a 4-1 win over Israel ✅? We'll be facing Belgium in our next match, on Monday at 8.45pm local time??1-4?? | #ISRFRA | #FiersdetreBleus pic.twitter.com/0stBVtvce7

— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) October 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad Les Bleus lebih agresif dalam separuh masa kedua untuk menambah jaringan tetapi beberapa percubaan tidak berjaya dinoktahkan dengan jaringan hingga Matteo Guendouzi dan Bradley Barcola menempah nama sebagai penjaring untuk melengkapkan kenduri 4-1 ke atas Israel.
Didier Deschamps mempertaruhkan muka baru di jentera serangan selepas kehilangan khidmat Kylian Mbappe susulan kecederaan dan Antoine Griezmann yang bersara daripada kancah bola sepak antarabangsa.
#bola sepak #Perancis #UNL
;