UNL: Penampilan ke-100 Harry Kane berikan kemenangan buat England
Najmi Iman
September 11, 2024 08:31 MYT
September 11, 2024 08:31 MYT
Bintang Bayern Munich, Harry Kane, membantu England meraih kemenangan 2-0 ke atas Finland dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Sebelum perlawanan bermula, penyerang berusia 31 tahun itu menerima anugerah topi emas yang mengiktiraf Kane sebagai pemain ke-10 beraksi dalam 100 aksi buat England sekali gus menjadikannya pemain pertama diberi penghargaan tersebut selepas Wayne Rooney pada 2014.
3 - Harry Kane is the third player to score on his 100th appearance for the England men's side, after Wayne Rooney versus Slovenia in 2014 and Bobby Charlton versus Northern Ireland in 1970. Occasion. pic.twitter.com/iSbjUGOuzS
— OptaJoe (@OptaJoe) September 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lukas Hradecky bertindak cemerlang sebagai penjaga gol Finland yang banyak menyelamatkan percubaan berbahaya skuad The Three Lions sehingga terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Bekas pemain Tottenham Hotspur itu akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan selepas rembatan derasnya menemui jaringan pada minit ke-57 sebelum menggandakan kelebihan 2-0 menerusi hantaran pemain Chelsea, Noni Madueke, di samping mengekalkan rekod bersih dengan dua kemenangan.