UNL: Greece kekal rekod bersih tanpa kalah

Husna Zainudin
October 14, 2024 12:25 MYT
Republik Ireland terpaksa akur berdepan kekalahan ketiga daripada 4 perlawanan di bawah bimbingan Heimir Hallgrimsson menyaksikan Greece terus pastikan rekod tanpa kalah mereka berterusan menerusi kemenangan 2-0 ke atas Ireland.
Aksi dimulakan dengan 'tribute' mengenang pemain Greece, George Baldock yang ditemui mati di kolam renang rumahnya 9 Oktober lalu pada usia 31 tahun dengan pemain Greece mengenakan 'armband' hitam di tangan.
Kedua pasukan tampak saling berbalas serangan bertali arus namun masing-masing enggan memberi ruang untuk meledakkan jaringan pembukaan di babak pertama yang kemudiannya berakhir tanpa sebarang gol.
Bersambung babak kedua, hasil jaringan kapten, Tasos Bakasetas diangkat sebagai gol 'tribute' kepada George Baldock sekaligus meletakkan Greece di hadapan dengan 1-0.
Jentera pertahanan skuad Ireland terus buntu selepas sekali lagi dihukum di penghujung aksi menerusi gol Petros Mantalos yang berpunca daripada kesilapan Caoimhin Kelleher.
Gol kedua itu sekaligus menyaksikan kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.
#bola sepak #Greece #Liga Negara-Negara Eropah #Republic Ireland
;