KDA 3 KL CITY 2
Lima jaringan dihasilkan di Alor Setar yang menyaksikan Kedah Darul Aman merekodkan kemenangan 3-2 keatas Kuala Lumpur (KL) City, sebentar tadi.
Bermula tanpa pemain utama seperti penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, dan penyerang, Syafiq Ahmad, ia hanya memberi kelebihan tipis untuk dibawa ke aksi timbal balik pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Cheras, Ahad depan.
Semangat jersi ketiga yang baru dilancarkan pada sebelah petang membawa aura berbeza, setidak-tidak buat pemain import tuan rumah, Sony Norde, yang bakal menjadi hadiah perpisahan sebelum berkelana ke kelab Indonesia.
Bagaimanapun, anak buah Nafuzi Zain itu tersentak dengan jaringan awal skuad Warga Kota selepas Ryan Lambert melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-13.
Kelebihan itu dipadamkan Sang Kenari dengan bukan satu tetapi dua jaringan Sony Norde bermula dengan ledakan juga dari luar kotak penalti pada minit ke-27 disusuli satu lagi penyudah, tiga minit kemudian.
Skuad Hijau Kuning bertambah selesa dalam babak kedua apabila seorang lagi tonggak, Sukhrob Nurullaev, menyudahkan satu peluang terhidang pada minit 69.
Mujur kedah memegang kelebihan 3-1 kerana 5 minit kemudian, import berusia 25 tahun dari Bosnia Herzegovina, Jovan Motika, menjaringkan merapatkan jurang buat 2-3 KL City.
Dalam satu lagi aksi Piala Malaysia malam ini, Perak pulang dengan senyuman lebar membawa bekalan selesa 3-0 dari Kelana Jaya selepas membelasah Kelantan Darul Naim.
Shaiful Shamsudin
Fri Nov 22 2024
Unifi Piala Malaysia: Lenggok gemalai Akhyar buat Melaka mati akal kekang jaringan Terengganu
Terengganu membawa bekalan selesa daripada aksi pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia apabila menewaskan pasukan dari Liga A1, Melaka, 4-1 di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.
(Video) Terkini Unifi Piala Malaysia: Hujan lebat di Temerloh menjelang pertemuan Sri Pahang-Selangor
Menjelang aksi tumpuan Unifi Piala Malaysia di antara Sri Pahang dan Selangor sebentar nanti, Stadium Temerloh dilaporkan sedang mengalami hujan lebat.
Ong Kim Swee ke Indonesia?
Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, dilaporkan bakal membuka lembaran baru selepas penampilan terakhirnya bersama Sabah dalam aksi Unifi Piala Malaysia menentang PT Athletic sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: Sabah beri hadiah perpisahan terbaik buat Ong Kim Swee
Sabah memberikan ketua jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee, hadiah perpisahan terbaik dengan menewaskan PT Athletic 4-0 dalam aksi pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Melaka lawan Terengganu
Pasukan Liga A1, Melaka, akan menghadapi tugasan getir dalam perlawnan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia apabila dijadualkan untuk bertemu pasukan gergasi Liga Super, Terengganu, di Stadium Hang Jebat malam ini.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Sri Pahang lawan Selangor
Dua pasukan gergasi Liga Super, Sri Pahang dan Selangor, akan bertembung dalam perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Temerloh malam ini.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) PT Athletic lawan Sabah
Sabah akan menyingkap perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia dengan berdepan pasukan dari Liga A1, PT Athletic, di Stadium KLFA, Cheras petang ini.
Malaysia Boleh! -- Kata calon pemain warisan Harimau Malaya
Pemain muda PSV Eindhoven, Iggy Houben, berasakan kesempatan untuk mewakili skuad kebangsaan merupakan satu peluang terbaik dalam karier bola sepaknya.
Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: AFF bakal guna sepenuhnya teknologi VAR
Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) secara rasmi mengesahkan penggunaan secara komprehensif teknologi Video Pembantu Pengadil (VAR) sepanjang saingan Piala ASEAN 2024.
Unifi Piala Malaysia: Sony Norde hadiahkan bekalan terakhir buat Kedah Darul Aman, Perak pulang dengan senyuman
Lima jaringan dihasilkan di Alor Setar yang menyaksikan Kedah Darul Aman merekodkan kemenangan 3-2 keatas Kuala Lumpur (KL) City, sebentar tadi. B
Celta Vigo 2-2 Barcelona: Stunning late show denies 10-man Blaugrana
Report: Celta Vigo 2-2 Barcelona
Motta 'satisfied' despite drab goalless draw at Milan
Motta 'satsified' despite dull game
Gatland future up in the air after Wales suffer 12th consecutive loss
Gatland future still uncertain
Sinner and Berrettini send defending champions Italy into Davis Cup final
Italy into Davis Cup final
Correa 'showed what he can do' against Verona, says Inzaghi
Inzaghi: Correa deserved chance
Djokovic appoints Murray as coach for Australian Open
Murray appointed as Djokovic coach
Girona 4-1 Espanyol: Miovski bags double as hosts ride on first-half blitz
Report: Girona 4-1 Espanyol
Pep Guardiola acknowledges City 'are fragile' after fifth straight defeat
Guardiola: We are fragile
Postecoglou hails "outstanding" Maddison after Tottenham crush champions City
Maddison was outstanding, says Ange
AC Milan 0-0 Juventus: Bianconeri maintain unbeaten start after Rossoneri stalemate
Report: AC Milan 0-0 Juventus